Pages

Showing posts with label works. Show all posts
Showing posts with label works. Show all posts

Thursday, August 1, 2013

Paris Oh Paris....

Assalamualaikum...

lama tidak menjenguk blog ni... puan rumah outstation... baru balik dari Paris, Toulouse dan London.
 pemergian ke sana bukan untuk suka suki bercuti tapi atas tuntutan kerja..

walaupun untuk kerja... shopping tetap wajib la kan... bukan selalu pergi negara orang yang jauhnya sampai patah pinggang duduk 13 jam dalam flight... (ayat sekali nafas...)

KERJA DIDAHULUKAN, BERBELANJA DIUTAMAKAN.... itu konsep yang dipegang sepanjang berada di France dan London ini... habis sahaja kerja barulah puan rumah dan kawan-kawan lain pergi menyoppingkan diri..

oleh kerana kadar pertukaran wang sangatlah tinggi... jadi sungguh tidak puas ketika membeli belah..

1 Euro = RM 4.23

Puan rumah tidak beli banyak barang... yang sempat hanyalah handbags 2 bijik, parfum, baju dan kasut untuk anak-anak dan tuan rumah serta adik beradik... termasuklah satu set tefal... mau tidak beli kuali-kuali jenama tefal ini sebab punyalah murah 10 Euro saja... kalu di KK sudah ratus-ratus...

ok tu jer... lain kali puan rumah cerita lebih details... kalu rajin lah...

tolonglah layan gambar yang tidak seberapa ini...




 


P/S SELMA DAH SELAMAT SAMPAI... HUHUHU


Tuesday, October 23, 2012

Gold Coast!!!!


Gold Coast....puan rumah baru balik dari Gold Coast... dalam seminggu jugalah disana...

jangan salah sangka... bukannya di sydney tapi sana... morib dekat banting selangor, tajuk jak gempak tapi hampeh...

hampeh bukan apa, puan rumah terbayang-bayng lah tempat ni, cantik, indah dll yang sewaktu dengannya tapi mengecewakan... yang ada hanya water theme park dan tempat minum2 dekat pantai.... yang lain, jangan harap lah... untuk sehari dan bawa anak-anak boleh lah tapi kalau seminggu mau gilak di sini coz takdenya aktiviti lain yang boleh dibuat...

itu pendapat puan rumah lah tapi orang lain tau tau lah kan... pigi lah sendiri dan rasai sendiri... kalu nak pigi tanya pakcik google....

p/s jangan terpedaya dengan kecantikan kat belakang tu :)





Wednesday, July 6, 2011

Monday, November 1, 2010

Bersama VVIP

Salam....
masih dalam kesibukan PRK Parlimen Batu Sapi.... Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman turut meluangkan masa bersama RTM untuk temuramah khas bersama Francis Fahir... pengantara RTM yang berpengalaman... selepas selesai sesi temu ramah itu... kami menyempat lagi bergambar beramai-ramai....







gambar kredit : Razali + teamnya


(alamak... terdeleta pulak sign ku...huhuhu)

Wednesday, October 27, 2010

sibukkkkkk........

salam.....
untuk hidangan mata anda... suasana pilihanraya kecil
parlimen batu sapi....
beginilah kesibukan RTM untuk menyiarkan secara langsung
penamaan calon ketika pilihanraya itu...







Thursday, October 21, 2010

off line untuk PRK Batu Sapi

salam......
sekarang mula sibuk dengan pilihanraya kecil... bukan di Galas sahaja tapi di Batu Sapi pun akan ada pilihanraya... aku bakal berangkat ke Sandakan 25hb ni.... untuk mengurus dan terlibat secara langsung dengan pilihanraya tu....penamaan calon akan diadakan pada 26hb dan pengundian 4 november 2010 di Dewan Masyarakat Sandakan....
Unit Berita memang akan sibuk sepanjang 2 minggu berkampung disana sehingga 6hb.... sehubungan itu... aku terpaksa off line berblog... tapi... aku akan cuba juga quick update dari Sandakan....

Thursday, September 30, 2010

open house BES



salam....

sudah masuk 3 minggu hari raya... tapi majlis rumah terbuka terus diadakan... termasuk la
opis aku... Unit berita Ehwal Semasa (BES) RTM KK....
majlis kali ini simple sangat..... makanan macam biasa la mesti ada satay dan roti jala...
sumbangan aku... hanya buat kek batik... (laku juga la... hihii)

setiap tahun BES memang buat rumah terbuka.... terbuka untuk kami-kami jer la...
oh ya... hari yang sama kami buat juga majlis perpisahan untuk penolong pengarah BES...
En Abd Razak.. (tahniah naik pangkat)

tertawa dengar ucapan BJ

menu yang sedap....

me wit young mother syahirah

antara kerabat BES

ibu-ibu BES....

gambar kredit : HMS... tx pkc...

Thursday, September 23, 2010

jumpa PM lagi

Salam semua.....

entry kali ini tiada kaitan dengan raya tapi berlaku dalam raya ke enam..... aku sepatutnya cuti dua minggu untuk raya kali ini... tapi disebabkan tuntutan kerja... terpaksa awal sikit turun kerja kerana Perdana Menteri datang ke Sabah... aku ditugaskan menjadi editor dan membuat liputan bersama beberapa kawan lain... ada yang jalan darat dari KK-Sandakan tapi aku dan jurukamera.. pakai jalan udara... naik kapal terbang la kawan.... di Sandakan selama 2 hari 1 malam... liputan PM kali ini entah yang keberapa sudah aku buat.... macam banyak sudah sampai tak ingat...

PM Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berada di Sandakan pada 15-16 September lalu untuk merasmikan 4 dalam 1 acara... iaitu rasmi Program Juara Rakyat, Majlis Rumah Terbuka Hari Raya, Pelancaran Susu Sekolah 1 Malaysia dan Penyerahan Kunci Rumah PPR yang diadakan di Padang Bandaran Sandakan.... semuanya berjalan lancar walaupun sesak habis kerana lebih 50 ribu rakyat Sandakan yang datang... bahan berita untuk siaran Berita KL pun banyak juga kami sediakan... kepuasan la dorang... kerja kali ini memang best disebabkan kerjasama yang ditunjukan semua kawan-kawan terlibat... kerja susah pun jadi mudah sangat... tahniah semua....

ok layan la gambar dibawah....

tunggu ketibaan PM di airport... ini dah dekat jam 12.00 pm

bincang skrip untul live recording

latar belakang sandakan

live recording.... Aliza Ali

voice over... tudungku sebagai wind shield

last checking... sebelum pumping bahan

bahan sedang dipumping.... selesai....

gambar kredit : Aliza Ali.... tx

Tuesday, June 22, 2010

kahwin dan kursus... agenda minggu lalu


minggu lalu merupakan minggu tersibuk aku... adik ku kahwin dan aku ken menghadiri kursus..
bagaimanapun... majlis tersebut berjalan dengan lancar... syukur alhamdulillah.... tahniah hanafi dan farina... moga dapat menempuh peringkat kehidupan baru sebagai suami dan isteri dengan penuh kebahagiaan...



workshop tiga hari 'better tv news production' yang dijalankan matt walsh (bekas corresponden CNN) berjalan lancar dengan banyak tips dan maklumat berguna yang aku perolehi terutama bagi meningkatkan mutu dan rating berita wilayah dari Sabah.... the best ever workshop...




Friday, June 18, 2010

jenguk kejap....

alamak... dah lama sangat tak update apa2 kat blog ni... bukan apa... aku punyalah busy... minggu lepas adik kahwin... minggu ni pulak aku ada kursus sampai Sabtu ni.... bukan tension coz kedua-dua peristiwa ni.... tapi penat sangat...
majlis kahwin tu berjalan lancar... gambar akan aku upload nanti2 la.... cerita pasal kursus pulak... nanti la aku kabar kan... yang penting kursus better tv news production ni (dalam BI) sangat2 best dan berguna.... ok la... mo sambung kursus ni.... (sempat2 lagi ko tika.....hahahaha)
(macam ni la kesibukan aku... ahaksss.....)


gambar kredit : manfred klein 2006

Tuesday, June 8, 2010

part time jobs.... ;)

kalau di rumah aku seorang ibu, isteri, anak dan kakak orang... tapi di opis aku jadi penyunting berita dan part time jadi tukang ambil minit mesyuarat... kelmarin ada mesyuarat bersama Pengarah Berita Ehwal Semasa RTM Datuk Hj Jumat Engson... aku seperti TIDAK BIASA ditugaskan ambil minit.... nasib baik sikit jak hal2 penting yang kena dicatat... yang kena highlight tentunya penampilan Berita Wilayah yang bersiaran dari Sabah setiap hari pukul 5 petang dan 7 pagi... selepas meeting selama dua jam... makan la apa lagi.... ilike... (gambar dibawah hasil sentuhan pakcik hj salim.... pinjam letak dalam blog ni ya....)


meeting bermula.... macam serius...


purak2 sibuk ambil minit... ntah apa yg aku catat

ini lepas meeting... menghadap komputer sambung kerja

sempat posing...


Monday, April 19, 2010

bila wartawan diraikan.....

Dui... macam berkurun tidak update blog ni.... bukan sebab sakit ke atau apa sampai tidak sempat menyempat membuka blog dan tulis apa yang patut... tapi aku ke KL ibu negara... dari 16 hingga 18 April... 3 hari dua malam di sana...

pemergian ke KL berserta 8 rakan media lain (9 sebenarnya...selepas seorang lagi rakan menarik diri apabila disahkan positif Tibi) berikutan jemputan Malaysia Press Institut (MPI) dan Petronas sempena MALAM WARTAWAN MALAYSIA... majlis gilang gemilang itu yang diadakan di Hotel Istana (mewah abis hotel ni...) dirasmikan TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin... majlis itu bertujuan meraikan golongan wartawan satu malaysia dan menyampaikan hadiah kewartawanan kebangsaan... seperti Hadiah kajai.... (pernah dengarkan...pemenangnya Melati dari BERNAMA, dia dapat wang tunai + pingat emas berjumlah lebih rm40 ribu...) Majlis itu tidak la berapa best kalau takde persembahan artis2 ... so malam itu kami dihiburkan oleh Aizat (bestnya....), Alyah dan Ana Rafali..... enjoy.....

sedap makanan malam tu.....


Aizat buat persembahan.... 3 lagu yg best

wakil2 wartawan sabah

sebelum makan.... gambar dulu...


Monday, April 12, 2010

sehari sebagai wartawan

hari ini aku cuma nak upload gambar2 yang diambil ketika aku menjalankan tugas sebagai wartawan pada sabtu lepas dalam beberapa program sekitar papar dan beaufort....
(1) Pelancaran Program Juara Rakyat Zon Gadong, Lumadan yang dirasmikan Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad.
(2) Pelancaran Karnival Kesihatan, Sepakat Bestasi dan Idola Papar 2010 dirasmikan Timbalan Menteri Kesihatan yang juga Ahli Parlimen Papar Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin. (malam)
(3) Kemalangan Van dan Kereta Kancil dihadapan Jalan Melinsung.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...