Pages

Showing posts with label foods. Show all posts
Showing posts with label foods. Show all posts

Thursday, February 21, 2013

vegan chocolate mug cake

salam...

puan rumah sertakan resipi vegan chocolate mug cake macam yang dijanjikan dalam entry lepas... sorry lambat puan-puan dan tuan-tuan...

(dalam bahasa inggeris la yer.... puan rumah pun dapat  resipi ni melalui pakcik google....)


All purpose flour/Maida 3 Tbsp
Brown Sugar 3 Tbsp (White sugar is fine too)
Cocoa powder 2 Tbsp
Baking Soda 1/4 tsp
Salt a pinch
Oil 3 Tbsp (Any flavorless oil will do)
Soy Milk 3 Tbsp
Chocolate chips 2 tsp (Optional - I didn't use)

Vanilla essence 1/4 tsp

 
In a microwave safe coffee mug, whisk flour, sugar, cocoa powder, salt and baking soda.
Add in the oil, soy milk, vanilla essence and mix well with a spoon until there are no lumps and the batter is smooth.
Now is the time to stir in chocolate chips if using.
Microwave it in the maximum power setting (Mine is 1000 watt).  These cakes were done in about 1 min and 45 sec.

selamat mencuba....

sekian terima kasih...





Thursday, February 7, 2013

chocolate cake 5 minit

salam..
malam2 ni, best juga kalau dapat makan kek coklat,
tapi nak buat bukan main payah... jadi teringat baru-baru ni puan rumah dan kawan kat opis cuba bt coklat kek dalam cawan yang hanya ambil masa kurang 5 minit utk disiapkan dan ready to eat...
mari tgk mcm mn senangnya resipi ni..... 

(resipi penuh nnt puan rumah bt dlm next post)
sekarang nak gi buat kek ni.....






Thursday, August 25, 2011

biskut tunjuk-tunjuk jer......

salam

lamanya puan rumah tidak menulis dalam blog ni asyik upload gambar jak... huhuhu

pemula bicara, puan rumah nak ucapkan Salam Ramadhan untuk semua... moga amalan kita diterima olehNya...

ok la....tinggal beberapa hari lagi raya akan menjelma, tak sangka betul... cepat belum masa berlalu.... betul-betul tidak sedar.... ketidaksedaran tersebut termasuk dalam bab-bab buat biskut.... tahun ni, memang puan rumah tak buat walaupun sebiji biskut pun... kalau tahun lalau adan la juga buat 2 3 jenis, tapi tahun ni, langsungggggg takde...

Nampaknya tahun ni, puan rumah bakal menghidangkan biskut tunjuk-tunjuk saja la... mungkin ada yang tak faham... ala... biskut yang kita tunjuk nak order dari tauke biskut raya... itu la biskut tunjuk-tunjuk...

setakat ini, beberapa jenis biskut yang ditempah telah dihantar taukenya ke opis (siap ada nama ;agi).... nasib baik puasa kalau tidak nak juga try... huhuhu.... antara biskut yang sampai ialah.......

1. almond london (fav anak-anak)
2. milk rose
3. gajus



p/s : jemputlah ke rumah kalau nak rasa.... ;)

Monday, January 17, 2011

cubaan yang menjadi...

kek yang tidak seberapa...



salam....


hujung minggu takde kerja nak buat... so bersama-sama mertua membuat kek vanila bersalut bercoklat dan hazel... 1st time cuba buat... ok juga hasilnya... kerana hasil tangan sendiri wajib la puji sendiri... sedapnya.... hihiihi...

itu jer puan rumah nak bagitau...

p/s : masih cari idea nak buat GA...... huhuhu




Friday, December 31, 2010

makan-makan d'kl

salam all.....



jalan-jalan dengan keluarga di hujung minggu memang jadi kemestiaan.... kerana masa hujung minggu jer la baru ada masa yang betul-betul berkualiti dengan keluarga... hero-hero puan rumah pun suka sangat.... tapi setiap kali jalan-jalan mesti ada jak kes-kes lucu dan bikin panas hati... tetapi mama tetap sayang... (muahhh...... feeling-feeling pulak...)

hari tu satu family pigi makan dekat satu restoran ni... yang spesel..... tempat makan ni terletak dalam satu rumah banglo di Kampung Likas KK... kira macam atas rumah bawah tempat makan.. namanya D'KL... ganjil coz ini KK la bukan KL... deconya... ada ciri-ciri kejawaan @ Indonesia... memang pun indon coz makanannya semua masakan dari negara jiran itu.... siap ada menu ayam penyek lagi... oh ya... tukang masak dan pelayan pun orang indon siap cakap indon sampai bingung-bingung time nak order...

dipendekkan cerita... puan rumah dan tuan rumah (anak-anak ikut jer...) order... cumi goreng (ini sotong goreng dengan sambal), udang sambal, sup ikan tauhu dan sayur kailan ayam..... dan minum order soda gembira (ini air soda +sirap), milo ping (ais) dan lemon teh ...sedap la.... licin kami bedal...

biasalah... gambar mesti ada... tapi gambar makanan takde coz semua pun dah lapar... jadi malas nak snap-snap lagi.... sila layan gambar ala kadar ini....


puan rumah makan bersila......itu tangan tuan rumah....

bersama si kembar 2..... kembar 1...sibuk main-main

ini la soda gembira... sedap juga..


suka bergambar dengan background cantik... jawa2 gitu


boleh jadi model ka... x payah la.. jadi doktor lagi baik...


Wednesday, December 22, 2010

ARIGATO....

salam all...

tajuk entri dalam bahasa jepun...... ini sebabkan puan rumah baru balik dari lunch di sushi king... kamu suka ke makan sushi?.... puan rumah boleh-boleh la... tapi makan menu yang well cook jer kalau yang mentah-mentah mintak maap la... anak tekak tak boleh terima...

pertama kali kawan ajak makan sushi ni... macam macam dalam fikiran siap cakap kat diri sendiri 'alamat order minum jer la ni'... tapi... sushi king ni not bad juga.. ada makanannya yang boleh aku telan...

untuk sesiapa yang tak pernah makan sushi aku cadangan kamu try philadelphia maki dan kani tama maki.... confirm anak tekak kamu boleh terima.... kat bawah antara menu yang aku dan kengkawan aku bedal...


kanikama maki

cheese tobiko

philadelphia maki
salmon roll

kani tama maki

wasabi... awas... amat pedas sampai ke otak
tanpanya... makanan tidak sedap

puan rumah dengan baju opisnya tengah melayan
philadephia maki... sedap ohh... coz ada cheese

terasa nak makan kek...

salam...

macam dah berkurun tak makan benda-benda manis macam kek ke donat ke atau yang sewaktu dengannya... bukan diet tapi memang tak teringin jak... but... semalam... terlepas juga hajat nak makan kek di secret resepi... bukan kek saja tapi bantai spageti sekali... nak kau... rasa nak muntah pulak coz makan banyak sangat... puan rumah ni memang kalau terlebih makan cepat muak... ahakss...

sambil tunggu-tunggu order sampai.. puan rumah dan 2 kawan satu opis farah dan salwa sempat lagi posing.... wah... orang menghadap makanan... kami menghadap kamera... :)

ambil kesempatan bergambar dengan pokok krismas
(bersama handbag baru... i like)

spageti... boleh tahan la juga...


farah dan salwa... sabar menanti order mereka...




ok tu jer nak cerita... sambung kerja yang menimbun...

Tuesday, August 10, 2010

reunion mass com ums

reunion untuk kengkawan seijazah komunikasi ums yang dah dirancang berminggu-minggu tidak juga mencapai objektifnya... kita hanya merancang yang menentukan tentunya yang maha esa... manakan tidak... daripada 7 orang yang membuat pengakuan untuk hadir hanya tiga yang muncul... takpa la... kawan-kawan lain ada hal yang mustahak sangat-sangat, jadi tidak dapat datang.. hanya aku, mimau dan boy yang datang untuk hi-tea sama-sama... nasib baik lokasinya sejuk.. sesejuk mata memandang... macam di rio pulak... hihihi...

lokasi : restoran nasi padang ibu, jesselton point kk
masa : 4.00 petang
kehadiran : tiqa, mimau dan boy
menu : enam jenis lauk, nasi panas, jus buah dan aiskrim
harga : rm70++

background dipenuhi bot-bot

tiga orang pun meriah juga la...

Thursday, August 5, 2010

gelinya.....

sila layan gambar laksa curry dibawah.... macam sedapkan.... tengok dalam-dalam (sori gambar kecik... guna handphone jer) nampak tak sehelai rambut dalamnya... adui... gelinya aku... nasib baik aku belum start makan lagi... baru baca bismillah...
ini kali kedua selepas lama dulu aku makan kat kedai ala2 kopitiam ni, aku terjumpa getah sayur dalam mee soupnya.... taubat dah... taknak lagi makan kat sini... kecewa betul coz makanannya sedap-sedap tapi tahap kebersihan tu langsung tidak diambil berat peniaga...
kalau tidak kerana aku dah bayar laksa curry tu... tak mahu aku minta tukar yang baru... tapi aku tak makan pun... sikit-sikt jer la coz selera dah mati teringat rambut sapa la tu... tukang masak ka... tukang layan ka... hiss....
kedai makan mana satu?... aku bagi hint jer la yer...
1.terletak di karamunsing
2.ada dua jer outlet kat KK ni
3. namanya ada kaitan dengan bunga paling besar di dunia...
dah dapat/tahu kan... jadi hati-hati bila lunch or dinner kat tempat ni....




Sunday, July 25, 2010

kek cheese...

Kek cheese bersalji

Dscn1219
Bahan-bahan ( 6 orang )
  • 6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
  • 100 gram gula halus
  • 100 gram tepung hong kong (blue key superfine boleh juga)
  • 60 gram tepung jagung (maizena)
  • 50 gram air sejuk (dr peti ais)
  • 1 sudu teh baking powder
  • 2 sudu makan ovelet
  • 75 gram mentega (dicairkan)
  • UNTUK KRIM
  • 1 kotak cream cheese philadelphia
  • 1/2 tin susu pekat manis (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2.
  • UTK TOPPING
  • 1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)

Cara-cara

  1. Dscn1200
    Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair. Putar.
  2. Dscn1202
    Putar dgn kelajuan sederhana sehingga pekat & putih. Akhir sekali masukkan mentega cair. Putar lagi. Sehingga sebati & pekat.
  3. Dscn1203
    Sediakan acuan yg telah dialas dgn kertas minyak atau yg telah disapu dgn sedikit butter.
  4. Dscn1204
    Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.
  5. Dscn1209
    Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.
  6. Dscn1214
    Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
  7. Dscn1217
    Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
  8. Dscn1206
    Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
  9. Dscn1225
    Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.


(hahahah... ini bukan hasil yg aku buat... terjumpa d internet...nak try la... itupun kalu ada masa.....insyallah....)

Wednesday, July 21, 2010

aiskrim untuk lunch... boleh ke...

ada ka peraturan yang mengatakan tidak boleh makan aiskrim untuk lunch... macam tiada ba kan... kalau ada pun... ada aku kesah.. hhihihi..
aku nak juga makan aiskrim selepas dah berapa lama tak makan benda yang berlemakn yang lazat ni... pilihan aiskrim... tentunya... vedablu bersamaku kawan sepejabat... aku pilih perisa ferrero rochea (betul ka ejaannya tu) yang lain piliha peppermint dan dragon fruit.... sedap ohh....
kalu la tidak mahal... memang mau tambah dan tambah lagi... tapi cukuplah satu scoop jak... itu pun dah rm5.60... total rm16.80... mahal nya... apa boleh buat dah mengidam... ops... hihihi...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...