Pages

Showing posts with label friends. Show all posts
Showing posts with label friends. Show all posts

Monday, May 16, 2011

makan malam lagiiii....

salam...

lamanya puan rumah tak update blog ni... semenjak dua menjak ni... sibuk sangat kalah ketua menteri... awal pagi pergi kerja, malam baru balik.... puan rumah ada tugas baru di opis sekarang ni... tanggungjawab besar yang kena dipikul... puan rumah akan buktikan puan rumah mampu mengurus opis yang diamanahkan ini.... walaupun mungkin ada staff yang kurang senang... yang penting kerja selesai... suka atau tidak belakang cerita...

stop cerita pasal opis.... dua minggu lalu... (adui... punya lama baru nak update)... puan rumah dipaksa rela ke majlis ums bersama media.... memang tahu pasal majlis ni dah lama tapi takde niatpun nak pegi... tapi... selepas dapat arahan dari KPP terus jadi pigi pulak.... tapi punya azab... bukan apa... puan rumkah abis kerja lewat petang... nak balik rumah untuk mandi dan tukar baju memang tak sempat... jadi... terpaksalah bershopping last minute.... puan rumah pigi butik terdekat dengan opis... nak cari dress, inner dan tudung... ada masa sejam jer nak beli semua tu... pening kepala tapi sukses.... dapat juga beli... opsss.... puan rumah tak mandi... nasib baik bawah minyak wangi... huhuhu.... bersiap pun ala kadar jer.... ini la hasilnya... sila layan gambar dibawah dengan muka puan rumah yang takde mood.... senyumpun paksa-paksa...

TAPI.... murah rezeki malam itu dapat baucer rm50 sebab cabutan tiket bertuah,... kiranya bolehlah cover balik duit yang abis coz terbeli ssgala dress tu.... syukur alhamdulillah....










p/s : gambar dicurik dari FB kawan AA....




Wednesday, December 22, 2010

terasa nak makan kek...

salam...

macam dah berkurun tak makan benda-benda manis macam kek ke donat ke atau yang sewaktu dengannya... bukan diet tapi memang tak teringin jak... but... semalam... terlepas juga hajat nak makan kek di secret resepi... bukan kek saja tapi bantai spageti sekali... nak kau... rasa nak muntah pulak coz makan banyak sangat... puan rumah ni memang kalau terlebih makan cepat muak... ahakss...

sambil tunggu-tunggu order sampai.. puan rumah dan 2 kawan satu opis farah dan salwa sempat lagi posing.... wah... orang menghadap makanan... kami menghadap kamera... :)

ambil kesempatan bergambar dengan pokok krismas
(bersama handbag baru... i like)

spageti... boleh tahan la juga...


farah dan salwa... sabar menanti order mereka...




ok tu jer nak cerita... sambung kerja yang menimbun...

Thursday, September 23, 2010

jumpa PM lagi

Salam semua.....

entry kali ini tiada kaitan dengan raya tapi berlaku dalam raya ke enam..... aku sepatutnya cuti dua minggu untuk raya kali ini... tapi disebabkan tuntutan kerja... terpaksa awal sikit turun kerja kerana Perdana Menteri datang ke Sabah... aku ditugaskan menjadi editor dan membuat liputan bersama beberapa kawan lain... ada yang jalan darat dari KK-Sandakan tapi aku dan jurukamera.. pakai jalan udara... naik kapal terbang la kawan.... di Sandakan selama 2 hari 1 malam... liputan PM kali ini entah yang keberapa sudah aku buat.... macam banyak sudah sampai tak ingat...

PM Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berada di Sandakan pada 15-16 September lalu untuk merasmikan 4 dalam 1 acara... iaitu rasmi Program Juara Rakyat, Majlis Rumah Terbuka Hari Raya, Pelancaran Susu Sekolah 1 Malaysia dan Penyerahan Kunci Rumah PPR yang diadakan di Padang Bandaran Sandakan.... semuanya berjalan lancar walaupun sesak habis kerana lebih 50 ribu rakyat Sandakan yang datang... bahan berita untuk siaran Berita KL pun banyak juga kami sediakan... kepuasan la dorang... kerja kali ini memang best disebabkan kerjasama yang ditunjukan semua kawan-kawan terlibat... kerja susah pun jadi mudah sangat... tahniah semua....

ok layan la gambar dibawah....

tunggu ketibaan PM di airport... ini dah dekat jam 12.00 pm

bincang skrip untul live recording

latar belakang sandakan

live recording.... Aliza Ali

voice over... tudungku sebagai wind shield

last checking... sebelum pumping bahan

bahan sedang dipumping.... selesai....

gambar kredit : Aliza Ali.... tx

Tuesday, August 10, 2010

reunion mass com ums

reunion untuk kengkawan seijazah komunikasi ums yang dah dirancang berminggu-minggu tidak juga mencapai objektifnya... kita hanya merancang yang menentukan tentunya yang maha esa... manakan tidak... daripada 7 orang yang membuat pengakuan untuk hadir hanya tiga yang muncul... takpa la... kawan-kawan lain ada hal yang mustahak sangat-sangat, jadi tidak dapat datang.. hanya aku, mimau dan boy yang datang untuk hi-tea sama-sama... nasib baik lokasinya sejuk.. sesejuk mata memandang... macam di rio pulak... hihihi...

lokasi : restoran nasi padang ibu, jesselton point kk
masa : 4.00 petang
kehadiran : tiqa, mimau dan boy
menu : enam jenis lauk, nasi panas, jus buah dan aiskrim
harga : rm70++

background dipenuhi bot-bot

tiga orang pun meriah juga la...

Monday, July 12, 2010

malam untuk PRESS

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH 'KINABALU-SHELL
PRESS AWARDS 2010
LOKASI : MAGELLAN SUTERA KK
TARIKH : 9 JULAI 2010
MASA : 8.00 PM
MOOD : HAPPY BANGAT... MUAH....

gaya datin... ahaks...

sempat lagi call husband...

macam model...

bersama pemilik Butik Bonda

bersama Presiden Persatuan Wartawan Sabah (SJA)

'red carpet'

kawan yang hadir memeriahkan majlis...

gambar kredit : HMS

Friday, July 9, 2010

HOH yang diraikan

HOH - Orang Kuat BES KK

titisan air mata anak-anak

masih boleh senyum coz majlis baru bermula

tidak tertahan air mataku.....

wajah-wajah ketika majlis perpisahan sempena persaraan Editor Senior BES RTM KK Haji Othman... Jasamu mendidik anak-anak di BES akan terus dikenang sampai bila-bila....

gambar kredit : Haji Mohd Salim (HMS)



Tuesday, June 22, 2010

kahwin dan kursus... agenda minggu lalu


minggu lalu merupakan minggu tersibuk aku... adik ku kahwin dan aku ken menghadiri kursus..
bagaimanapun... majlis tersebut berjalan dengan lancar... syukur alhamdulillah.... tahniah hanafi dan farina... moga dapat menempuh peringkat kehidupan baru sebagai suami dan isteri dengan penuh kebahagiaan...



workshop tiga hari 'better tv news production' yang dijalankan matt walsh (bekas corresponden CNN) berjalan lancar dengan banyak tips dan maklumat berguna yang aku perolehi terutama bagi meningkatkan mutu dan rating berita wilayah dari Sabah.... the best ever workshop...




Tuesday, June 8, 2010

part time jobs.... ;)

kalau di rumah aku seorang ibu, isteri, anak dan kakak orang... tapi di opis aku jadi penyunting berita dan part time jadi tukang ambil minit mesyuarat... kelmarin ada mesyuarat bersama Pengarah Berita Ehwal Semasa RTM Datuk Hj Jumat Engson... aku seperti TIDAK BIASA ditugaskan ambil minit.... nasib baik sikit jak hal2 penting yang kena dicatat... yang kena highlight tentunya penampilan Berita Wilayah yang bersiaran dari Sabah setiap hari pukul 5 petang dan 7 pagi... selepas meeting selama dua jam... makan la apa lagi.... ilike... (gambar dibawah hasil sentuhan pakcik hj salim.... pinjam letak dalam blog ni ya....)


meeting bermula.... macam serius...


purak2 sibuk ambil minit... ntah apa yg aku catat

ini lepas meeting... menghadap komputer sambung kerja

sempat posing...


Thursday, June 3, 2010

jemputan makan nasi minyak...



kepada sesiapa yang mengenali aku dan anggota keluargaku... tuan/puan/encik/cik dijemput hadir memeriahkan majlis satu hati dua jiwa antara adikku HANAFI dan tunangnya FARINA... masa/tarikh/lokasi seperti catatan kad diatas...
SEMOGA KEHADIRAN ANDA MEMERIAHKAN LAGI MAJLIS BERKENAAN.

Wednesday, May 19, 2010

promo butik kawan....












BUTIK BONDA ...... (milik kawan... tuan punya bernama Salma Sali.....)
menjual pelbagai pakaian berupa jubah, evening gown dan macam2 ladies wears.....
harga berpatutan... semua pakaian dijual pada harga dibawah rm100....
berminat... sila menapak ke.... tingkat bawah kompleks asia city kota kinabalu....
(sori gambar tidak memuaskan... guna handphone jer.....)


Monday, April 19, 2010

bila wartawan diraikan.....

Dui... macam berkurun tidak update blog ni.... bukan sebab sakit ke atau apa sampai tidak sempat menyempat membuka blog dan tulis apa yang patut... tapi aku ke KL ibu negara... dari 16 hingga 18 April... 3 hari dua malam di sana...

pemergian ke KL berserta 8 rakan media lain (9 sebenarnya...selepas seorang lagi rakan menarik diri apabila disahkan positif Tibi) berikutan jemputan Malaysia Press Institut (MPI) dan Petronas sempena MALAM WARTAWAN MALAYSIA... majlis gilang gemilang itu yang diadakan di Hotel Istana (mewah abis hotel ni...) dirasmikan TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin... majlis itu bertujuan meraikan golongan wartawan satu malaysia dan menyampaikan hadiah kewartawanan kebangsaan... seperti Hadiah kajai.... (pernah dengarkan...pemenangnya Melati dari BERNAMA, dia dapat wang tunai + pingat emas berjumlah lebih rm40 ribu...) Majlis itu tidak la berapa best kalau takde persembahan artis2 ... so malam itu kami dihiburkan oleh Aizat (bestnya....), Alyah dan Ana Rafali..... enjoy.....

sedap makanan malam tu.....


Aizat buat persembahan.... 3 lagu yg best

wakil2 wartawan sabah

sebelum makan.... gambar dulu...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...