Pages

Monday, January 18, 2010

Along ke Sekolah


Minggu ni masuk minggu ketiga Along ke Tadikanya... setakat ini baru sekali dia tidak hadir ke sekolah, itu pun sebab demam...

Ini merupakan entry terdahulu dari blog ku yang satu lagi iaitu ladywithwhitescarf.blogspot.com ... layan dulu ya...

"hari ini merupakan hari pendaftaran anak sulung ku ke tadikanya, sesi pendaftarannya yang betul-betul efisien tidak sampai 15 minat selesai sudah aku mendaftarkan dia, mungkin kerana kami tiba seawal jam 7.30 pagi untuk sesi berkenaan. Awal juga aku dan suami bangun untuk hantar dia ke tadikanya.... kami pulak yang terlebih 'excited'Yuran kali ini agak mahal sedikit berbanding tahun lalu, semuanya RM290 (ini termasuk buku RM140 dan kelengkapan lain RM150).... waktu belajar untuk tahun ini juga ditambah setengah jam lagi kalau dulu dari pukul 8.00 pagi - 11.30 pagi, kini mula awal sikit iaitu dari pukul 7.30 pagi hingga 11.30 pagi....dua hari pertama Along masuk tadikanya agak menyibukkan kami... sibuk mencarikan dia bas sekolah (mula-mula tidak tidak mau ikut bas sekolah tapi pujuk punya pujuk cakap nanti dia boleh jadi macam Geng Bas Sekolah, terus mau). Selepas penat mencari, akhirnya dapat juga bas sekolah itu tapi pemandunya hanya mengaku untuk mengambilnya dari sekolah jadi untuk ke sekolah awal pagi terpaksalah suamiku yang hantar.... (takpa la berkorban apa saja untuk anak tersayang... pelaburan jangka panjang)oh ya... Along dapat banyak kawan baru dalam kelasnya (dia letakkan dalam kelas HIJAU), ada beberapa orang kawan lamanya dipindahkan ke kelas sebelah, mereka dipisah-pisahkan kerana menjadi kebiasaan di sekolah itu agar muridnya luas pergaulan dan mempunyai kawan-kawan baru...... moga sesi persekolahan tahun ini membuatkan Along lebih bijak dan petah berbicara"

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...