Pages

Wednesday, January 20, 2010

Mesyuarat Hati Ke Hati




kelmarin aku dan rakan sekerja lain berpeluang bertemu untuk bermesyuarat buat kali pertama bagi tahun ini dengan Pengarah BES KL... ini merupakan peluang yang dinanti-nantikan bagi kami di negeri di bawah bayu ni untuk meluahkan pelbagai isu dan masalah untuk perhatian pihak ibu pejabat.
Suasana sepanjang mesyuarat ini, kadang sejuk, kadang panas, macam cuaca sekarang ni juga... banyak isu dan masalah yang sempat diutarakan tapi jawapan yang diharapkan tidak lah sekonkrit yang dimahukan... tapi tak pa, mungkin akan lagi peluang pada masa depan untuk membincangkan kembali isu dan masalah berkenaan.
Pengarah BES KL sebenarnya amat prihatin dengan pelbagai cabaran yang kami hadapi disini dalam melaksanakan pelbagai arahan pihak atasan.... selaku media rasmi kerajaan, sudah menjadi tanggungjawab untuk kami berkhidmat menyampaikan dasar dan program kerajaan kepada rakyat (termasuk isu-isu semasa seperti harga gula naik). Kata beliau, kami ni merupakan orang bijak kerana amat kreatif menyampaikan isu-isu yang tidak disukai rakyat sehingga menyetujui tindakan/langkah kerajaa.... itupun tentunya demi kebaikan dan manfaat rakyat juga....
semoga terus wujud interaksi yang baik antara BES KL dan BES KK bagi mencapai matlamat yang sama.....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...