Pages

Monday, January 18, 2010

anak sakit&klinik 1Malaysia


adui.... anak kembarku afiq dan adif batuk dan selesema malam kelmarin jadi, aku dan hubby rancang bawa dorong jumpa doktor dekat area2 rumah mertua ku (aku bermalam kat rumah mertua di menggatal)...

ada lebih kurang 3 (kalau x salah) buah klinik swasta di area taman indah permai dekat tempat mertua ku ni, dalam perjalanan nak ke klinik tu aku fikir2 la klinik mana yang terbaik untuk rawat anakku... tapi ternampak pulak singboard "Klinik 1Malaysia"... terus bawa hubby try klinik tu yang terletak di Sulaman Sentral, Menggatal.

first impression.. susah mau cakap... punyalah simple klinik tu.. ada 3 bangku panjang warna biru untuk pesakit dan keluarga mereka.... (jangan harap ada perhiasan yg cantik2 ya) dan beberapa poster/tips kesihatan yang dilekat di dinding klinik ini... nasib aku baik sebab tidak ramai org yang menunggu waktu tu, ada seorang ibu dan anaknya jak... time daftar (bayar 2 ringgit je untuk kembarku) aku tanyalah pembantu di kaunter , macam mana sambutan terhadap klinik tu... dia cakap ok, paling ramai dalam sehari ialah 50 pesakit (Klinik ni buka dari pukul 10 pagi hingga 10 malam, setiap hari kecuali cuti umum).

Ok dipendekkan cerita, time jumpa pembantu perubatan tu, dia cakap si kembarku banyak kahak... so dia suruh jaga2 jangan sampai kena asma... dorang dapat 3 jenis ubat setiap seorang (ubat batuk+selesema, demam dan tekak)

secara keseluruhannya, aku puas hati dengan perkhidmatan yang diberikan... kepada rakyat Malaysia di luar sana, jangan ragu-ragu mendapatkan rawatan di klinik 1Malaysia ni... tapi rawatan cuma untuk sakit-sakit ringan sahaja kalau berat-berat tu pigilah hospital atau klinik swasta ya...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...