Pages

Thursday, September 23, 2010

jumpa PM lagi

Salam semua.....

entry kali ini tiada kaitan dengan raya tapi berlaku dalam raya ke enam..... aku sepatutnya cuti dua minggu untuk raya kali ini... tapi disebabkan tuntutan kerja... terpaksa awal sikit turun kerja kerana Perdana Menteri datang ke Sabah... aku ditugaskan menjadi editor dan membuat liputan bersama beberapa kawan lain... ada yang jalan darat dari KK-Sandakan tapi aku dan jurukamera.. pakai jalan udara... naik kapal terbang la kawan.... di Sandakan selama 2 hari 1 malam... liputan PM kali ini entah yang keberapa sudah aku buat.... macam banyak sudah sampai tak ingat...

PM Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berada di Sandakan pada 15-16 September lalu untuk merasmikan 4 dalam 1 acara... iaitu rasmi Program Juara Rakyat, Majlis Rumah Terbuka Hari Raya, Pelancaran Susu Sekolah 1 Malaysia dan Penyerahan Kunci Rumah PPR yang diadakan di Padang Bandaran Sandakan.... semuanya berjalan lancar walaupun sesak habis kerana lebih 50 ribu rakyat Sandakan yang datang... bahan berita untuk siaran Berita KL pun banyak juga kami sediakan... kepuasan la dorang... kerja kali ini memang best disebabkan kerjasama yang ditunjukan semua kawan-kawan terlibat... kerja susah pun jadi mudah sangat... tahniah semua....

ok layan la gambar dibawah....

tunggu ketibaan PM di airport... ini dah dekat jam 12.00 pm

bincang skrip untul live recording

latar belakang sandakan

live recording.... Aliza Ali

voice over... tudungku sebagai wind shield

last checking... sebelum pumping bahan

bahan sedang dipumping.... selesai....

gambar kredit : Aliza Ali.... tx

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...