Pages

Friday, April 9, 2010

Tempat Kerjaku Berusia 64 Tahun

64 Tahun... tua kan... kalau la manusia memang tunggu detik hujung nyawa jak... tapi ini bukan umur manusia tetapi usia tempat kerjaku... RTM... 1 April 2010, genap 64 tahun stesen penyiaran tertua negara ini (selamat hari lahir RTM.....)

pelbagai cabaran dihadapi RTM untuk menongkah arus perdana termasuk cemuhan pelbagai pihak yang mengata stesen ini tidak adil dan menjadi alat kerajaan.... kadang2 panas juga telinga ini dengan kata-kata sedemikian tapi bagi aku... orang yang mengeluarkan kata-kata itu cukup kurang bijak.... kenapa.... kerana mereka tidak tahu apa dan siapa sebenarnya RTM itu.... RTM merupakan media rasmi kerajaan (ulangan... MEDIA RASMI KERAJAAN)... sudah tentu bahan dan program siarannya lebih memihak kepada kerajaan.... aku bagi perumpamaan ya... ibaratkan RTM itu rumah mak bapak kita, lepas tu ada orang datang rumah kita marah2 dan hina2 mak bapak kita.... apa kamu rasa... kamu akan biarkan kah perkara tu berlaku.... sudah tentu tidak... kamu akan pertahankan rumah tersebut dan semua penghuninya... macam tu la RTM... kalu ada orang marah2 kerajaan, buat cerita tidak betul pasal kerajaan... wajib bagi RTM mempertahankannya...

kenapa mahu dipertikai lagi... lain la kalau RTM itu sebuah entiti swasta...buat apa pun tiada siapa yang kisah.... buat salah macam mana besar pun tiada sesiapa yang bising.... tapi kalau RTM yang buat salah walau sekecil zarah sekalipun... mau gempa bumi Malaysia ini.... ini kerana RTM tidak mampu untuk membuat salah... RTM sentiasa di perhati gerak gerinya.... apapun orang kata kepada RTM..... ini la tempatku mencari rezeki yang halal selama 8 tahun ini .... dan bersyukur sangat kepada ALLAH kerana dapat mencurahkan setitik dua keringat di bumi RTM ini....











Sambutan Hari RTM ke 64 di perkarangan RTM Kota Kinabalu.... pelbagai acara diadakan seperti senamrobik, persembahan nyanyian dan cabutan tiket bertuah....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...