Pages

Monday, April 19, 2010

bila wartawan diraikan.....

Dui... macam berkurun tidak update blog ni.... bukan sebab sakit ke atau apa sampai tidak sempat menyempat membuka blog dan tulis apa yang patut... tapi aku ke KL ibu negara... dari 16 hingga 18 April... 3 hari dua malam di sana...

pemergian ke KL berserta 8 rakan media lain (9 sebenarnya...selepas seorang lagi rakan menarik diri apabila disahkan positif Tibi) berikutan jemputan Malaysia Press Institut (MPI) dan Petronas sempena MALAM WARTAWAN MALAYSIA... majlis gilang gemilang itu yang diadakan di Hotel Istana (mewah abis hotel ni...) dirasmikan TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin... majlis itu bertujuan meraikan golongan wartawan satu malaysia dan menyampaikan hadiah kewartawanan kebangsaan... seperti Hadiah kajai.... (pernah dengarkan...pemenangnya Melati dari BERNAMA, dia dapat wang tunai + pingat emas berjumlah lebih rm40 ribu...) Majlis itu tidak la berapa best kalau takde persembahan artis2 ... so malam itu kami dihiburkan oleh Aizat (bestnya....), Alyah dan Ana Rafali..... enjoy.....

sedap makanan malam tu.....


Aizat buat persembahan.... 3 lagu yg best

wakil2 wartawan sabah

sebelum makan.... gambar dulu...


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...