Pages

Friday, November 15, 2013

Drama Korea yang kebabommmm... THE HEIRS


 


assalamualaikum...

lamanya tidak menjenguk blog ni..... hampir-hampir dilupakan...

kehidupan sehari-hari cukup sibuk dengan keluarga, kerja n orang di sekeliling... tidak merungut cuma menyampaikan rasa di hati... but am happy wit my life....

ok... semenjak dua menjak ni.... kesibukan puan rumah tidak menjadi penghalang untuk melayan mata menyaksikan kehebatan satu drama korea ni... selepas secara tidak sengaja tertengok episod pertamanya... drama ini yang bertajuk The Heirs @ The Inheritors di saluran hd one astro jam 9.0pm setiap rabu dan khamis, terus terpikat dan tak bergerak-gerak pun... terpesona dengan 'tarikan kimia' dua pelakon utamanya lee min ho dan park shin hye... tidak lupa kim woo bin...

mari puan rumah cerita sikit... drama ini ada 20 episod semua mengisahkan tentang anak-anak orang kaya yang mewarisi kekayaan keluarga masing-masing termasuklah lee min ho yang memegang watak sebagai kim tan... dipanjangkan cerita... kim tan jatuh cinta dengan anak orang gajinya sendiri yang dilakonkan park shin hye sebagai chan eun sang... dan terjadilah pelbagai konflik termasuk kehadiran si pesaing kim tan lakonan kim woo bin sebagai young do...

semuanya best tentang drama ni... dari para pelakonnya yang terkenal dengan kehensoman dan kejelitaannya kepadalah lokasi pengambaran dan tidak lupa lagunya... yang paling best.. LOVE IS.... (siap minta tuan rumah download....)


OMG... drama ini antara yang paling best selain winter sonata

sudah lama tidak melayan drama seumpamanya tapi kali lain sikit sampai sanggup google cari kalau ada episod terbaru... ini disebabkan kat malaysia ini, drama ini baru masuk episod 4 tapi kalau kat sbs korea sudah pun masuk episod 12..

akhirnya bertemu dengan laman web ini http://dramafire.com/ yang memuat turun semua drama-drama korea yang terbaharu... bukan sahaja korea drama jepun dan taiwan pun ada... memang terbaiklah laman ini.. peminat tegar drama korea boleh usha laman ni... tidak menyesal punya.. :)

so disebabkan puan rumah memang jenis tidak suka tunggu lama-lama memang selalu jenguk laman ini kalau ada dorang upload episod yang terbaharu...

ok... itu sahaja nak kongsi...  sekarang nak sambung tengok episod 12 the heirs ini... am coming lee min ho.... (tapi tuan rumah  tetap di hati)...hahahah



 










No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...