Pages

Wednesday, March 16, 2011

ibu-ibu sila ambil perhatian....

salam....

hampir-hampir mau bersawang blog ni sebab lama tidak diupdate.... hari ini ada berita yang tidak berapa panas sebab kejadian berlaku sejak dua hari lalu.... puan rumah lambat nak update... ceritanya pasal Kementerian Kesihatan mengharamkan botol susu polikarbonat... cepat check samaada botol susu anak-anak ibu-ibu kat luar sana tu termasuk dalam kategori polikarbonat... puan rumah dah check... cis.... memang selama ni terpakai yang polikarbonat pulak.... panik sekejap... terus jam tu juga beli botol baru...

jangan disangka jenama terkenal tak keluarkan botol susu dari polikarbonat... puan rumah dah terkena ni... jadi cepat-cepat la tukar...

puan rumah share sedikit info pasal isu ni yer... sila ambil perhatian...

INFO: Bisphenol A (BPA)
- Bahan kimia industri yang digunakan dalam penghasilan botol susu bayi polikarbonat
- Boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekali gus mengganggu sistem fungsi tubuh bayi
- Botol susu bayi bebas BPA biasanya dilabel `bebas BPA' pada bahagian bawah botol.
- Botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA bersifat keras dan lutsinar
- Ia boleh dikenal pasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi. - Kod terbabit ialah nombor 7, nombor 7 dan PC, nombor 7 dan `other'
- Alternatif botol susu bayi di pasaran ialah yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA) dan kaca.

INFO: Panduan pengendalian botol susu bayi polikarbonat:
-Steril botol susu bayi mengikut arahan pengendalian pada label atau yang diberikan oleh -pengeluar, jika ada.
-Jika tiada panduan, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama lima hingga 10 minit.
-Elak menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
-Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
-Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan jika ada kesan calar atau rosak, ia perlu diganti.
-Jika tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap enam bulan.




puan rumah dah beli botol susu yang bebas BPA... nampak kat atas tu...
siap ada cop 'BPA Free' lagi...

kembar puan rumah sibuk pilih-pilih botol idaman hati...



Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03-88833652/3653/3655 atau melayari laman web www.moh.gov.my atau http://fsq.moh.gov.my.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...