Pages

Monday, December 27, 2010

kk times square hotel

salam....

hujung minggu lepas puan rumah dan 1 family berkampung kat sebuah hotel ni... hotel baru buka kalau tak salah baru setahun cam tu... Hotel KK Times Square...terletak dekat bandaraya Kota Kinabalu...lokasinya ok la tapi susah nak cari tempat makan dan kalau nak shopping... coz belum banyak kedai buka kat tempat ni... kena jalan kaki @ naik kereta kalau nak ke shopping mall sebelah... .

puan rumah angkut tuan rumah dan anak-anak menginap kat hotel ni wpun rumah tak lah jauh mana tapi memang jadi kebiasaan kami 1 keluarga suka tidur-tidur kat hotel ni... macam bajet orang kaya-kaya pula kan... tidak lah.. sekadar hotel 3 star jak... jadi boleh la bawa anak-anak...

anak-anak puan rumah memang suka duduk hotel ni.. tapi hotel yang baru-baru buka sahaja la kalau dah bertahun-tahun tu... tak minat la... coz macam tak 'sihat' jer keadaan bilik hotel khususnya katil, bantal, tandas dan lain-lain...

oleh kerana... kami duduk hotel itu malam xmas so... harga bilik ada mahal la sikit... biasa rm135 tapi kena plus 25 ringgit coz xmas... itu belum masuk extra bantal dan tilam... parking lagi... wah... tolak campur lebih rm200 juga...

puan rumah nak bagi bintang-bintang kat hotel ni.... ikut kategori ;

1. kebersihan = 4
2. keselesaan = 3
3. perkhidmatan = 3
4. berbaloi = 3
5. lokasi = 3

keseluruhan = 3 bintang

ok... sila layan gambar anak-anak puan rumah yang buat bilik hotel tu macam bilik sendiri... :)





tengah layan tv... ada astro la..

test tandas juga....

keadaan dalam bidang yang tak besar sangat dan tak kecik juga


gaya bebas...

satu kacau telefon... satu lagi pura-pura tido


2 comments:

  1. besar katil ...
    ok la ngan harga die even 3 bintang ... bilik die besar ngan cantek cam tu ..kan

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...