Pages

Friday, December 10, 2010

artika dan semua perkara terbaik yang dilaluinya....

Salam maal hijrah buat semua....
lebih seminggu tak update apa-apa benda pun dalam blog ni...... puan rumah pergi cuti-cuti malaysia bersama keluarga, tak pigi mana-mana pun hanya jalan-jalan satu keluarga sekaligus shopping barangan sekolah untuk along...
beralih kepada tajuk diatas.... oleh kerana dalam tahun baru Islam... nak imbas kembali semua perkara terbaik yang pernah aku lalui sepanjang hidup ini...

1. teman baik menjadi suami terbaik
bertemu dan berkawan baik dengan suami sejak sekolah menengah lagi sebelum saling jatuh cinta (wah malu aku....) ketika masing-masing di IPT (time sekolah tak main la cinta-cinta)... tahun 2003 menyaksikan hari besar kami berdua...


2. kelahiran anak pertama isak @ along pada tahun 2004 menjadi pelengkap
kehidupan aku dan suami... penyeri rumahtangga kami...
mama dan baba gelaran baru kami...

3. tahun 2007 menyaksikan ahli keluarga aku bertambah bukan bertambah
seorang tapi dua orang.... si kembar afik dan adif...
tambah riuh keluarga kecil kami...
moga bahagia terus bersamaa kami sekeluarga...

4. aku tidak mungkin dapat melalui semua ini tanpa adanya ibu dan bapaku...
jasa dan pengorbanan mereka tidak mampu aku balas sampai bila-bila...
bersyukur punya orang tua yang sangat menyayangi anak-anaknya..
buat adik-beradik... buat terbaik dalam hidup dan moga doa mamak dan bapak
sentiasa bersama kita

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...