Pages

Tuesday, May 11, 2010

si comel sayang

beberapa hari tak update apa2 di blog ni..... macam tiada idea wpun banyak juga aktiviti sepanjang minggu lalu.... antaranya yang aku nak story kat sini palah along yang mengikut program si comel sayang ahad lalu....

program si comel sayang

tunggu nak mula mewarna...

wit best buddy....

Program tersebut anjuran Umno Papar dan Jabatan Kesihatan Sabah cawangan Papar di Dewan Masyarakat Papar.... sambutan program ini memang hebat... punya ramai budak2 tadika sekitar Papar ikut program ini termasuk anakku along... seawal jam 6 pagi dia bangun, tidak sabar mau ke program ini... oleh kerana, babanya ada kerja sikit di Kudat, aku jak yang kasi kawan dia....
sampai2 jak punya ramai orang... wpun belum pukul 8 pagi lagi (kami kira lambat juga... kena suruh datang jam 7.30...). program bermula agak lambat, jam 9 lebih baru nak mula... isak ikut pertandingan mewarna.... semua kertas dan peralatan untuk mewarna disediakan pihak penganjur, cuma bawa badan jak... tapi yang mengecewakan... dorang kena suruh mewarna di atas pentas tapi tempat tu sempit sangat... bayangkan dekat seratus budak berhimpit2... ini buktinya.... (mcm mana mo mewarna ni....)


oh ya... program ini FREE, tak payah bayar sesen pun....
selepas sejam mewarna.... siap.... hantar kat hakim.... along malu2 nak tunjuk hasil tangannya... aku nak gambar pun tak dapat... oleh kerana.... ada makcik aku kenduri tengahari itu, kami terpaksa balik wpun keputusan pertandingan belum diumumkan.... (esoknya di tadika.... kawan dia cakap... dia dapat no 3... betul ka tu...)


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...