Pages

Thursday, May 20, 2010

minat makan mee segera... baca ni...

bagi peminat mee segera (tidak kira apa jenis/brand.... sila baca sebelum makan.....)

Berikut adalah 7 panduan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia sekiranya ingin mengambil mi segera :

1. Elak mengguna perencah atau bahan perisa yang dibekalkan bersama mi segera.
2. Masak mi segera menggunakan perencah asli seperti bawang putih atau bawang besar untuk meningkatkan rasa mi segera tersebut.
3. Elak menambah sos cili, sos tomato, sos tiram atau kicap semasa menikmati hidangan mi segera.
4. Baca label dan elakkan produk mi segera yang menyenaraikan natrium, MSG atau natrium nitrat di bahagian awal senarai ramuan.
5. Pilih produk mi segera yang berlabel ”rendah natrium” atau ”tanpa tambahan natrium / MSG”.
6. Tambahkan sayur-sayuran, isi ayam atau telur bagi menjadikan mi segera adalah hidangan lengkap yang seimbang.
7. Kurangkan kekerapan mengambil mi segera kepada sekali sebulan atau kurang.



Disediakan oleh :

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan
Bahagian Pemakanan
Kementerian Kesihatan Malaysia

26 April 2010
(dicopy n paste dr FB kawan...tx)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...