Pages

Friday, March 5, 2010

Bahasa Rojak....

rasa terpanggil pula untuk membuat penjelasan mengenai penggunaan bahasa rojak dalam blog ku ini.... minta ampun dan maaf kalau bahasa yang digunakan jauh menyimpang daripada bahasa standard yang terang jelas dan mengikut laras-laras bahasa betul....
ini merupakan blog mengenai perjalanan hidupku bersama keluarga, rakan-rakan dan manusia sekeliling, sudah semestinya bahasa yang aku gunakan lebih bersifat peribadi, mudah, ceria dan sesingkat yang boleh (macam cara kita bercakap dan bergurau senda tanpa memikirkan tatabahasa)
bagaimanapun, penggunaan bahasa rojak ini hanya bernoktah setakat dalam blogku sahaja, kerana ketika menjalankan tugas sebagai penyunting berita di salah sebuah stesen televisyen utama negara, aku tidak sesekali menyelitkan bahasa rojak ini dalam bahan berita yang disunting, jauh sekali membiarkan bahasa rojak menguasai gaya penyuntinganku... aku cintakan Bahasa Malaysia yang terkenal dengan keindahannya dan ciri-ciri istimewanya, sehubungan itu mustahil untuk aku memperlekehkan bahasa jiwa bangsa ini...
mungkin disebabkan saban hari menggunakan bahasa yang betul tatabahasanya menjadikan aku teringin sangat lepas bebas menulis apa sahaja dalam hati ni tanpa kekangan bahasa.....
kesimpulannya... aku mohon agar sesiapa diluar sana tidak mencontohi gaya bahasa aku dalam blog ini... (bagaimanapun untuk isu-isu negara yang aku ulas... aku pasti akan menggunakan bahasa malaysia/inggeris yang betul)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...