Pages

Wednesday, February 24, 2010

Jerebu Punya Pasal.....



Sekarang ni cuaca panas betul ditambah lagi dengan jerebu... aku rasa pasal cuaca yang tidak baik ni la anakku jatuh sakit... demam dan batuk2... (gambar sebelah ni aku ambil masa on the way ke opis pagi tadi... sekitar PAPAR yang berjerebu tebal...) Cerita pasal jerebu ada sedikit info pasal fenomena ni yang semakin menjadi-jadi akhir2 ni... :

Jerebu merupakan fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu, asap dan zarah pencemaran lain mengaburi kejelasan langit. Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut. Antara sumber utama jerebu ialah kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka serta asap perindustrian dan kenderaan.

Jerebu boleh menyebabkan masalah kesihatan terutamanya kepada:

  • Kanak-kanak
  • Orang tua
  • Pesakit lelah dan penyakit pernafasan lain
  • Perokok

Antara gejala akibat pendedahan kepada jerebu ialah:

  • Iritasi kerongkong dan batuk-batuk
  • Kesukaran bernafas atau hidung tersumbat
  • Iritasi di mata serta mata yang merah
  • Kulit terasa gatal

Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengelak masalah-masalah di atas ialah:

  • Jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap
  • Pakai topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar
  • Kurangkan pengunaan kenderaan terutama motosikal
  • Sentiasa basuh bahagian yang terdedah; mandi
  • Selalu minum air
  • Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan
Kesimpulannya... dari bulan Februari hingga April ini, kurang-kurangkan lah aktiviti diluar coz cuaca bulan2 ni memang maksimum sampai 36 darjah celsius.... PANAS TU......

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...